PETISYEN ONLINE SOKONG PAK LAH SEBAGAI PM

To: Rakyat Malaysia / sesiapa di mana sahaja bagi menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi

To: all malaysian / anyone wherever there are to support Datuk Seri Hj Abdullah Ahmad Badawi as Prime Minister of Malaysia


Isnin 10 Mac 2008, Exco Pemuda UMNO Dato Mukhriz Mahathir ( anak bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir ), yang juga MP Jerlun berkias menegur Kepimpinan agar Melakukan yang terbaik untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional%uFFFD, selepas kekalahan di 5 1 negeri dan prestasi buruk seluruh Negara.


Kemudian, pada Rabu 12 Mac 2008, Mukhriz menghantar sepucuk surat peribadi kepada PM Dato%uFFFD Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan mengesa agar berundur dari semua jawatan.


Sesuai dengan prinsip kepertanggung jawaban (accountability) dan melunaskan tanggung jawab fardu kifayah (sesuai dengan prinsip kedua Islam Hadhari - Kerajaan yang bertanggung jawab dan diyakini rakyat) kepada rakyat, masyarakat dan Negara,

PM Abdullah wajar diberi peluang meneruskan pemerintahannya kerana  rakyat sudah nampak sinar keyakinan dengan pentadbiran dan Kepimpinan beliau yang begitu telus dan berwibawa.


Tindakan tunduk kepada desakan ini akan menyebabkan proses mengadili kes-kes rasuah dan salah laku akan terhenti dan banyak penyelewengan akan terus menerus bermaharajalela di kalangan pentadbir negara ini.Khususnya yang berkaitan dengan pimpinan sebelum ini.


Penyingkiran tokoh yang dikaitkan dengan rasuah telah menambah keyakinan rakyat kepada Perdana Menteri bahawa beliau berada di landasan yang betul menguruskan negara ke arah Cemerlang dan Terbilang.


Sesuai dengan tindakan yang dibuat begitu jelas ingin menghancurkan kerajaan Islam Hadhari yang begitu efisyen memberi keadilan kepada semua kaum maka petisyen ini dibuat bertujuan memberi semangat dan juga sokongan kepada beliau agar terus melawan tuntutan mendesak meletak jawatan.



Pemimpin yang benar benar bersih semakin dipilih di dalam Kabinet Pak Lah, maka tiada sebab lagi kita untuk mendesak Pak Lah meletakkan jawatannya.


Jika tidak ; bermakna kita mahu negara akan diperintah dan dikuasai pihak yang berminat dengan khazanah negara dan tidak mahu ketelusan menjadi amalan pentadbiran Malaysia.

Samada dari dalam Malaysia atau luar negara.

Sebagai menentang langkah berani tidak bertempat dan mementingkan diri sendiri oleh Mukhriz itu,


demi Agama, Bangsa dan Tanahair,


maka sebuah petisyen awam online ini dikhaskan kepada semua pengguna alam siber untuk sama sama menyokong dan menunjukan kesungguhan mendesak agar


PM Abdullah TIDAK berundur


dari semua jawatan serta meneruskan lagi dengan lebih tegas proses menegakkan keadilan dan kestabilan di negara Malaysia ini.



Sila isi petisyen ini lengkap dengan nama penuh, no. MyKad/IC, no- telefon (dan no. keahlian parti sekiranya ada) sebagai membuktikan kesahihan penanda tangan petisyen)



sebarang pertanyaan boleh diemail kepada : petisyensokongpaklah@gmail.com



Sekian, terima kasih.



Moga Tuhan selamatkan Malaysia dan para pemimpin yang ikhlas memerintah negara kita dari ancaman agen Yahudi dan Nasrani dalam & luar negara !!!!!!!
PETISYEN INI BAGI MERAIH SOKONGAN KEPADA KEPIMPINAN PERDANA MENTERI MALAYSIA IATU DATUK SERI ABDULLAH HJ AHMAD BADAWI.

ANDA BOLEH MENJADI SALAH SEORANG PENYOKONG KEPIMPINAN DENGAN MENANDATANGI BORANG PETISYEN YANG DISEDIAKAN DI SINI.

Sign Petition
Sign Petition
You have JavaScript disabled. Without it, our site might not function properly.

privacy policy

By signing, you accept Care2's terms of service.

Having problems signing this? Let us know.