Kami mahu CIKGU NIK SALIDAH!

  • by: Zoe k
  • recipient: Public

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Petisyen ini dibuat untuk diajukan kepada pihak Jabatan Pendidikan Selangor (JPS) khasnya dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amnya untuk mengekalkan Puan Nik Salidah Maizah binti Nik Saleh tersebut di atas sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong (SMKBJ), Shah Alam, Selangor. Hal ini berikutan, beliau telah mendapat notis arahan berpindah sekolah secara mengejut yang berkuatkuasa pada 16 April 2018 daripada Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana tanpa sebarang alasan. Kami dalam kalangan ibu bapa berasa terkejut dan amat kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh PPD tanpa sebarang sebab atau alasan.

Kami ibu bapa merasakan arahan perpindahan ini ada kaitan dengan rasa tidak puashati Pentadbir sekolah terhadap keputusan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG yang telah diadakan 31 Mac 2018 yang lalu dan Pentadbir telah meminta campurtangan dari Pegawai PPD pada 5 April 2018 di mana beberapa orang guru dipanggil dan hanya Puan Nik Salidah Maizah diminta untuk membuat rakaman temubual bertulis berhubung siasatan sesi pengundian AJK PIBG Sesi 2018/2019 di Mesyuarat Agung PIBG 2018 pada 31 Mac 2018.

Hasil siasatan daripada Pegawai PPD yang hanya berdasarkan satu laporan temubual bertulis, tindakan drastik untuk memindahkan guru berkenaan telah diambil tanpa memaklumkan kepada beliau atau tanpa memanggil beliau untuk membela diri. Surat arahan dikeluarkan pada 5 April 2018 dan diterima oleh pihak sekolah dan guru tersebut pada 10 April 2018. Kami merasakan keputusan yang diambil ini sebagai satu penilaian yang terburu-buru, tidak telus, menimbulkan keraguan dan tidak mengikut prosedur sewajarnya.

Kami membantah pertukaran beliau dan amatlah tidak wajar untuk menukarkan guru yang cemerlang dan yang sedang mengajar anak-anak kami dalam kalangan pelajar kelas peperiksaan yang akan mengambil peperiksaan besar seperti SPM dan PT3 pada tahun ini.

Untuk pengetahuan umum, sepanjang perkhidmatan Puan Nik Salidah Maizah binti Nik Saleh di sekolah SMKBJ, keadaan pencapaian akademik dan kokurikulum di SMKBJ amat memuaskan. Motivasi pelajar dan moral pelajar juga meningkat. Beliau dapat menyatukan dan mengharmonikan hubungan antara pelajar, guru, serta ibu bapa. Pelajar juga amat sayangi beliau dan dikenali ramai oleh pelajar dan bekas pelajar atas jasa-jasa yang telah beliau curahkan. Antara yang dilakukan, peningkatan semangat dan motivasi dalam kalangan para pelajar serta pelbagai lagi susun atur yang diolah beliau untuk maslahat pelajar-pelajar di dalam setiap kelas yang dipegang olehnya sepanjang beliau di SMKBJ.

Beliau juga memegang jawatan guru disiplin bagi pelajar sesi pagi dan jasa beliau yang tidak putus-putus memberi nasihat dan mengambil tindakan sewajarnya dalam meningkatkan budaya disiplin pelajar dan menangkis segala amalan yang tidak bermoral dalam kalangan pelajar. Beliau juga amat disenangi oleh pelajar-pelajar sekolah dan mendapat pujian daripada anak-anak kami di SMKBJ. Sepanjang anak-anak kami bersekolah di sini beliau adalah platform untuk kami ibu bapa berhubung sekiranya ada permasalahan pelajar yang merupakan anak-anak kami. Untuk pengetahuan umum juga, beliau berjaya memupuk semangat kerjasama yang tinggi antara Persatuan Ibu bapa dan guru PIBG dan pihak pengurusan sekolah.

Hasil yang paling jelas dan memberangsangkan ialah beliau telah melonjakkan prestasi keputusan PT3 pada tahun 2017 dan sebelumnya. Juga beliau telah menaikkan nama sekolah dalam pengurusan Latihan Personel dan mengekalkan LP100% selama 2 tahun berturut-turut di peringkat Daerah Petaling Perdana dan Jabatan Pendidikan Selangor. Amatlah tidak wajar untuk menukarkan beliau ke sekolah yang lain atas jasa beliau yang terbaik untuk SMKBJ. Kami rasakan amatlah rugi kepada SMKBJ secara amnya jika sekiranya guru yang cemerlang mendidik pelajar ini ditukar ke sekolah yang lain. Oleh yang demikian, kami berharap dan menyeru ibubapa serta komuniti amnya menyokong usul kami agar Puan Nik Salidah Maizah binti Nik Saleh dikekalkan di sekolah SMKBJ. Demi masa hadapan pelajar-pelajar dan warga sekolah SMKBJ yang lebih baik, kami amat mengharapkan arahan pertukaran sekolah terhadap Ustazah Nik Salidah Maizah dibatalkan.

Terima Kasih atas sokongan anda.

Sign Petition
Sign Petition
You have JavaScript disabled. Without it, our site might not function properly.

Privacy Policy

By signing, you accept Care2's Terms of Service.
You can unsub at any time here.

Having problems signing this? Let us know.