Selamatkan Hutan di Ampang dan Cheras, KL.

Ini petisyen dalam BM. For English, see http://bit.ly/1XAFItd

1) KEKALKAN HUTAN.
Kami MENGGESA supaya hutan di pinggir KL & Lembah Kelang, terutamanya di Ampang dan Cheras, dilindungi daripada projek pembinaan lebuhraya SUKE (Sg Besi Ulu Kelang) dan EKVE (East Klang Valley Expressway). 

2) GYM PERCUMA RAKYAT

Hutan sini menjadi tumpuan ratusan hikers dan pendaki setiap minggu, terutamanya di Bukit Saga, Apek and Ketumbar. Ini adalah kawasan riadah, senaman dan interaksi sosial sihat yang DEKAT dengan bandaraya. Ia adalah GYM PERCUMA rakyat yang juga diiktiraf kerajaan Selangor sendiri sebagai kawasan tarikan pelancong.

3) BANJIR KILAT & TRAFFIC JAM

Hutan di pinggir KL berfungsi menyerap air hujan yang berlebihan. Justeru, ia melindungi KL daripada banjir kilat (dan traffic jam melampau). Kalau hutan ditebang, hakisan tanah akan bertambah buruk dan dana rakyat Selangor akan dibazirkan kerana usaha tebatan banjir (projek mengorek sungai misalnya) jutaan ringgit terpaksa dilakukan.

4) KRISIS AIR SELANGOR 2 ?
Air hujan yang diserap dan disimpan dalam hutan menjadi punca bekalan air semasa musim kemarau. Kami amat khuatir Krisis Air Selangor dulu akan berulang, malah bertambah buruk, kalau hutan sini dirosakkan.

5) CUACA PANAS

Cuaca masa kini panas melampau apatah lagi dengan El Nino dan pemanasan global. Hutan di pinggir KL membantu menyamankan cuaca di Lembah Kelang.

6) TAMAN NEGERI MASYARAKAT
Bukit Saga adalah contoh unggul semangat GOTONG-ROYONG oleh masyarakat setempat. Banyak usaha yang digerakkan oleh puluhan sukarelawan, termasuklah: mengutip sampah, membina denai bukit & mendirikan tempat rehat.

Mereka sudah membina suatu tempat yang boleh (dan patut) diiktiraf sebagai "Taman Negeri Masyarakat" dengan titik peluh & belanja sendiri - tanpa apa-apa subsidi kerajaan Selangor.

7) JANJI PAKATAN
Kerajaan Pakatan Selangor dipilih rakyat atas dasar "harapan" POLITIK BARU, KETELUSAN & JANJI tiada lagi lebuhraya tol.
Tetapi projek lebuhraya SUKE & EKVE masih diselubungi dengan pelbagai tanda tanya. Apakah perjanjian konsesi lebuhraya? Apakah hasil kajian lalulintas?
Kekurangan maklumat awam tentang projek ini tak ubah mirip cara dan gaya politik lama....

8) SELAMAT-KAN HUTAN
Maka atas semua sebab-sebab di atas, kami MERAYU supaya tempat ini yakni Hutan Simpan Ampang & Hutan Simpan Bukit Sungai Puteh (di Ampang dan Cheras) terus kekal dipelihara dan tidak dikorbankan untuk projek lebuhraya SUKE & EKVE. 

Sekian, terima kasih.

Untuk info lanjut, ini laporan media tentang isu ini.

1) Jangan tebang hutan untuk hindari Krisis Air Selangor ke2.

http://antarapos.com/bm/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WnapFhaA=%3D

2) 6 NGO minta kerajaan Selangor batalkan projek highway.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0422&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

3) 10,000 tandatangan petisyen minta batal projek highway.

http://www.thestar.com.my/metro/community/2016/04/12/green-lungs-sends-petition/

Sign Petition
Sign Petition
You have JavaScript disabled. Without it, our site might not function properly.

Privacy Policy

By signing, you accept Care2's Terms of Service.
You can unsub at any time here.

Having problems signing this? Let us know.