LUCUT ANUGERAH NOBEL KEAMANAN AUNG SAN SUU KYI !

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) sedang melancarkan kempen mengumpul 1000 tandatangan dari kalangan Ahli Parlimen, ADUN, Tokoh Masyarakat, Pemimpin agama, Ahli Professional serta Cendikiawan tempatan di dalam menuntut agar anugerah Keamanan Nobel dari Aung San Suu Kyi , yang diterimanya pada 1991 - dilucutkan dengan segera.

Kenyataan beliau yang menafikan pemusnahan etnik dan genocide ke atas etnik Rohingya sejak Burma mendapat kemerdekaan pada 1948, menunjukkan beliau sudah mula bersekongkol dan menyokong secara terang-terangan perlakuan zalim tentera Myanmar dan ekstrimis Buddhis menindas kaum Rohingya.

Apa yang membimbangkan, beliau sendiri kini memperakui penggunaan nama Rohingya sebagai panggilan yang wajar ditolak di Myanmar. Beliau lebih selesa dengan tuntutan junta Myanmar sekiranya Rohingya hanya digelar sebagai "Bengali" yang sama sekali tidak boleh diterima dan juga telah dibantah dengan keras oleh etnik Rohingya itu sendiri.

Ironinya dalam perkara ini adalah - walaupun beliau memegang anugerah Keamanan Nobel, beliau tidak pula merasa bersalah apabila bayi, kanak-kanak dan wanita Rohingya disembelih, diperkosa dan dicampak ke dalam api. Ini adalah bukti jelas yang beliau tidak layak lagi memegang gelaran pejuang hak manusia, keamanan dan keadilan serta demokrasi.

Malah beliau sanggup tunduk kepada tuntutan Ashin Wirathu, ketua bagi sebuah pertubuhan Buddhis ekstrim yg sudah diperakui oleh Masyarakat Antarabangsa sebagai sebuah gerakan pelampau agama di Myanmar. Kumpulan ini menghalalkan pembunuhan, pengusiran, penafian hak manusia, perampasan harta benda etnik Rohingya. Beliau turut menegaskan bahawa setiap pengganut Buddha wajar menjaga kepentingan agama mereka dan tanah air Myanmar yang didakwa hanya milik penganut Buddha. Hatta itu mereka melancarkan pendekatan dengan memusnahkan etnik Rohingya yang juga secara langsung turut melanggar undang- undang antarabangsa dan hak manusia.

Apa sahaja hak manusia untuk etnik Rohingya yang dijamin oleh Deklarasi Universal Hak Manusia PBB termasuk hak bagi kehidupan, hak undang-undang, hak agama , hak budaya , hak politik, kini semuanya telah dinafikan oleh beliau tanpa ada sedikitpun rasa perikemanusiaan.

Seyogia, MAPIM berpandangan bahawa Aung San Suu Kyi telah mengkhianati erti serta semangat anugerah Keamanan Nobel itu sendiri. Beliau tidak sama sekali layak memegang anugerah itu dan dengan itu perlu dilucut sertamerta.

Dalam perkara ini, MAPIM mengesa semua pihak yang mempunyai rasa perikemanusiaan dikalangan tokoh-tokoh masyarakat di Malaysia perlu bersama menyokong petisyen yang akan dihantar oleh Mapim kepada Jawatankuasa Keamanan Nobel di Sweden untuk melucut anugerah itu dari Aung San Suu Kyi.

MAPIM mensasarkan kempen kumpul tandatangan ini dapat dicapai pada hujung Oktober 2017.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM.
Sign Petition
Sign Petition
You have JavaScript disabled. Without it, our site might not function properly.

privacy policy

By signing, you accept Care2's terms of service.

Having problems signing this? Let us know.