SOLADIRITI KECAM TINDAKAN TRUMP

Dunia seakan bergegar apabila Donald Trump laknatullah memutuskan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel. Warga Israel bersorak meraikan 'kemenangan' mereka apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) memutuskan memindahkan Kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis, namun dalam kalangan umat Islam ia adalah merupakan satu provokasi melampau yang menghinakan!

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan muncul sebagai pemimpin dunia pertama yang mengecam keputusan Trump dengan mengatakan ia melepasi "red line" atau batasan bagi umat Islam. Erdogan yang dilihat sebagai "figura" penting umat Islam di Benua Eropah turut menggerakkan langkah drastic dengan menghubungi pemimpin negara Islam yang lain untuk mencari sokongan dan solidariti dalam tindakan provokasi Trump itu.

Hakikat yang perlu dihadam, tiada yang baharu dalam tindakan Trump itu kerana beliau sebenarnya mengotakan janjinya sewaktu pemilihan presiden AS sebelum ini. Beliau memang menjanjikan untuk memindahkan kedutaan negara itu dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis tetapi perancangan pada Jun yang lalu itu tertangguh atas sebab-sebab tertentu.

Namun, kenapa agaknya Trump bertindak demikian sekarang? Adakah kerana AS (baca : rejim zionis Israel) itu "maha kuat" atau negara Islam yang masing-masing sudah berpecah belah? Berpecah belah dalam pegangan akidah, kesatuan gerakkan Islami, hatta dalam dunia ekonomi juga, masing-masing saling menjatuhkan. Nauzubillah.

Marah memang marah. Tentunya, tiada umat Islam di dunia ini yang akan menerima keputusan Trump itu.
Persoalannya, sejak dari Jun hingga sekarang apakah usaha konkrit yang telah kita lakukan untuk bersatu mempertahankan Masjidil Al-Aqsa? Saban hari, ada saja warga Palestin yang terbunuh di Palestin, sama ada di Gaza atau Tebing Barat, dek perbuatan rejim zionis.

Bukan hanya di Palestin, saban hari ada saja nyawa orang Islam yang gugur di Syria, Yaman, Iraq dan Afghanistan akibat persengketaan sesama sendiri. Di negara Asia pula kita digemparkan dengan penindasan ke atas etnik Rohingya di barat Myanmar.

Lebih menyedihkan apabila ketika Trump membuat tindakan yang menghinakan itu, ada kalangan umat Islam di negara ini yang masih leka dan tenang. Masing-masing hanya menjadi keyboard warrior dan "jaga tepi kain sendiri" tanpa sebarang tindakan digerakkan demi memperjuangkan hak Masjidil Aqsa dan ummat Islam secara seluruhnya.

Seharusnya di sebalik kekalutan itu, kita WAJIB bersatu dalam mempertahankan kesucian Al-Quds.

Kita seharusnya melihat insiden semalam sebagai titik penyatuan umat Islam untuk bersatu menentang tindakan Trump, bukan sebaliknya. AS (baca Israel) tidak pernah kuat tetapi kita (umat Islam) lemah kerana sengketa sesama sendiri dan sengketa itu, memusnahkan.

Ayuh bersama sama kami dalam projek seruan solidariti ini.

#PUM3
#PersatuanUsahawanMuda

@Persatuan_PUM3

Sign Petition
Sign Petition
You have JavaScript disabled. Without it, our site might not function properly.

Privacy Policy

By signing, you accept Care2's Terms of Service.
You can unsub at any time here.

Having problems signing this? Let us know.