KAMI Sayang Cikgu Salidah!

  • by: Zoe, K
  • recipient: Students

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Petisyen ini dibuat untuk diajukan kepada pihak Jabatan Pendidikan Selangor (JPS) khasnya dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amnya untuk mengekalkan Puan Nik Salidah Maizah binti Nik Saleh tersebut di atas sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong (SMKBJ), Shah Alam, Selangor. Hal ini berikutan, beliau telah mendapat notis arahan berpindah sekolah secara mengejut yang berkuatkuasa pada 16 April 2018 daripada Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana tanpa sebarang sebab yang diberikan.

Kami membantah pertukaran beliau dan pada kami amatlah tidak wajar untuk menukarkan guru yang cemerlang dan yang dapat membimbing kami bukan sahaja di dalam akademik malah dalam akhlak dan sahsiah kami. Apatah lagi, beliau mengajar kami di tingkatan yang akan melalui peperiksaan utama seperti SPM dan PT3 pada tahun ini.


Cikgu kami ini tidak pernah letih memberi motivasi kepada kami. Beliau dapat menyatukan dan mengharmonikan hubungan antara pelajar, guru, serta ibu bapa. Kami amat sayangi beliau dan beliau dikenali ramai oleh pelajar dan bekas pelajar atas jasa-jasa yang telah beliau curahkan.


Sebagai seorang guru disiplin bagi pelajar sesi pagi, jasa beliau yang tidak putus-putus memberi nasihat dan mengambil tindakan sewajarnya dalam meningkatkan budaya disiplin pelajar dan menangkis segala amalan yang tidak bermoral dalam kalangan pelajar. Beliau juga amat disenangi oleh pelajar-pelajar sekolah.


Hasil yang paling jelas dan memberangsangkan ialah beliau telah melonjakkan prestasi keputusan PT3 pada tahun 2017 dan sebelumnya. Juga beliau telah menaikkan nama sekolah dalam pengurusan Latihan Personel dan mengekalkan LP100% selama 2 tahun berturut-turut di peringkat Daerah Petaling Perdana dan Jabatan Pendidikan Selangor. Amatlah tidak wajar untuk menukarkan cikgu yang kami sayang ke sekolah yang lain tanpa permintaan beliau sendiri. Demi masa hadapan kami dan pelajar-pelajar lain di sekolah SMKBJ, melalui kami amat mengharapkan arahan pertukaran sekolah terhadap Cikgu Nik Salidah Maizah dibatalkan. KAMI di SMKBJ SAYANG CIKGU!

Sign Petition
Sign Petition
You have JavaScript disabled. Without it, our site might not function properly.

Privacy Policy

By signing, you accept Care2's Terms of Service.
You can unsub at any time here.

Having problems signing this? Let us know.