Pengusaha Tersepit. Tak mampu tanggung GST

  • by: Bendahari Kehormat
  • recipient: Kastam diRaja Malaysia, Kementerian Kewangan, Kerajaan Malaysia

Salam Sejahtera Para Pengusaha Sekalian,
Sebagaimana yang kita semua tahu, sistem GST akan mula dilaksanakan pada 1 April ini. GST akan dikenakan kepada pengusaha semasa membeli stok RON95 dan Disel tetapi tidak akan dikenakan kepada pembeli di stesen. Walaupun pihak kerajaan akan memulangkan kembali bayaran ini, ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan setengah untuk mendapatkannya kembali.

Bergantung kepada jumlah jualan masing-masing, para pengusaha perlu MENAMBAHKAN MODAL bagi menampung kesan GST ini. Komisen yang kita dapat sekarang tidak mengambil kira kos yang sebegini. Ini tentunya membebankan sebilangan pengusaha terutamanya dalam keadaan harga minyak tidak menentu ini.

Kami mohon kerjasama para pengusaha semua tidak kira dari jenama apa sekalipun untuk menandatangani petisyen ini agar pihak Kerajaan, khususnya Kementerian Kewangan dan Kastam dapat menimbangkan sama ada menghapuskan terus GST bagi RON95 dan Disel ataupun menjadikannya sepertimana barangan 'Standard Rated' yang lain.

Kami memerlukan feedback ini segera kerana dalam masa tidak sampai sebulan, kita akan menghadapi situasi ini.

Sila isikan info seperti berikut:
Name: Nama
Email: Email (optional)
Street Address: Jenama (Contohnya: Petronas) 

City: Lokasi Stesen (Contohnya: Shah Alam)
Note: Nombor IC (bagi menjadikan petisyen ini boleh diterimapakai)
Ini akan digunakan sebagai statistik untuk dibawa kepada pihak kerajaan.


Sign Petition
Sign Petition
You have JavaScript disabled. Without it, our site might not function properly.

Privacy Policy

By signing, you accept Care2's Terms of Service.
You can unsub at any time here.

Having problems signing this? Let us know.