MyConstitution MENEGAKKAN DAN MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

(scroll down for English translation)

Petisyen Kepada:

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Ampun Tuanku.

Majlis Raja Raja Melayu.

Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Yang Berhormat Datuk Seri Dr Wan Azizah, Ketua Pembangkang


KAMI MENYERU ANDA UNTUK MENEGAKKAN DAN MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA.

Negara ini telah dibina berlandaskan keteguhan dan keluhuran Perlembagaan kita, Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kedaulatan negara ini bergantung sepenuhnya kepada integriti Perlembagaan kita.

Dengan dukacitanya, kami memerhatikan kebelakangan ini, telah berlaku beberapa insiden yang mencabar dan menggugat hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan kita; khususnya hak-hak seperti hak asasi manusia, hak keadilan dan penghakiman, hak kebudayaan dan juga hak keagamaan.

Ada beberapa peruntukan Perlembagaan yang telah digunapakai diluar konteks, maksud dan niat asalnya diputarbelitkan. Malah ada juga beberapa kes dimana ayat-ayat dalam Perlembagaan diabaikan, dan sebaliknya pemahaman yang salah dipopularkan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini telah mencetuskan permintaan-permintaan yang bercanggah dengan prinsip Perlembagaan kita.

Ada juga desas-desus tentang sesetengah pihak yang mahu menghapuskan beberapa peruntukan Perlembagaan, yang akan menggoncang asas pembinaan negara ini.

Yang paling membimbangkan, terdapat tindakan-tindakan akibat menyalah tafsir beberapa peruntukan Perlembagaan yang terpilih dengan tujuan untuk menafikan keadilan kepada pihak-pihak yang tertentu.

Jika kita gagal untuk menegakkan Perlembagaan kami, kita yang bersalah kerana membenarkan kedaulatan Negara ini hancur.

Kami menyeru semua untuk menggunakan segala kuasa yang mampu, untuk memastikan Perlembagaan kita kekal teguh, dan terus menjadi asas yang kukuh untuk negara kita terus membangun dengan maju.

Kami memohon semua untuk memberikan sokongan sepenuhnya kepada petisyen ini supaya suara majoriti rakyat Malaysia dapat didengar. Dengan memupuk keyakinan dan kepercayaan terhadap Perlembagaan kita, kita boleh melahirkan lebih ramai Rakyat Malaysia yang berwibawa dan bersemangat untuk membina negara kita.

1. Kami menyeru semua yang berkenaan untuk menggalakkan pemahaman yang jelas tentang Perlembagaan Persekutuan Malaysia, supaya rakyat akan bersemangat untuk menegakkan dan mempertahankan semua peruntukan Perlembagaan kita

2. Kami menyeru semua wakil rakyat untuk menandatangani petisyen ini, untuk menunjukkan komitmen anda dalam mempertahankan kepentingan dan hak-hak rakyat Malaysia yang diwakili oleh anda, tanpa pilih kasih.


3.Kami menyeru semua yang memegang apa-apa jenis kuasa untuk bersama-sama memperjuangkan keterangkuman, dan mengutuk budaya eksklusif, seiringan dengan semangat dan prinsip Perlembagaan kita.

4. Kami menuntut reformasi kritikal dalam Badan Perundangan, ia itu, Parliamen, untuk mengatasi kelemahan-kelemahan seperti yang berikut: a) Kuasa yang terlampau telah diberikan kepada Badan Eksekutif; b) Kekurangan pengawasan “bipartisan” terhadap Kementerian-Kementerian, menerusi jawatankuasa terpilih; c) Ketiadaan Jawatankuasa Etika untuk memantau Badan Eksekutif dan menghalang panyalahgunaan kuasa.


5. Kami menuntut supaya semua polisi-polisi ekonomi mengutamakan keperluan Rakyat dengan menyeluruh tanpa pilih kasih, demi membina Rakyat Malaysia yang berwibawa.


6. Kami menuntut supaya Sistem Pendidikan diberi keutamaan yang paling tinggi, demi malahirkan generasi rakyat yang berwibawa. Bajet dan Kurikulum Nasional perlu mengambil berat keperluan sekolah-sekolah kebangsaan untuk memastikan institusi ini kekal kompetitif, memberikan pendidikan secara menyeluruh, dan menjadi pilihan utama semua Rakyat Malaysia.


7. Kami mahu menggalakkan semua Rakyat Malaysia untuk memahami Perlembagaan kami dengan sepenuhnya, supaya kita boleh membina semula Rakyat Malaysia yang berwibawa, yang berupaya untuk melampaui batas warna kulit, bangsa dan status sosial.


8. Kami ingin menegaskan bahawa setiap rakyat Malaysia adalah individu yang mempunyai bakat, kebolehan dan sejarah tersendiri. Rakyat Malaysia yang berwibawa harus mengetahui sejarah, keturunan dan kebudayaan masing-masing. Hak ini dijamin dan dipertahankan oleh Perlembagaan kami.


9. Kami ingin melihat Perlembagaan kami kekal utuh, tanpa dicemari, supaya ia terus menjadi batu asas negara kita.


10. Dengan ini, kami yang menandatangani dokumen ini berjanji dan berikrar untuk menegakkan dan mempertahankan Perlembagaan kami sepenuhnya, tanpa rasa takut atau pilih kasih.


(versi Bahasa Inggeris)

Petition To:

His Majesty Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Ampun Tuanku.

Their Royal Highnesses, Council of Rulers.

The Right Honourable Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Prime Minister, Malaysia.

The Honourable Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Head of Opposition.

The Honourable Members of Parliament.



WE URGE YOU TO UPHOLD AND PROTECT THE CONSTITUTION OF THE FEDERATION OF MALAYSIA

This nation was built upon the foundation of our Federal Constitution. The sovereignty of our nation depends very much on the integrity of our Constitution.

We observe with great sadness that, recently, there have been several incidents that challenge and undermine the rights guaranteed by our Constitution; in particular rights such as human rights, the right to justice and due process, cultural rights as well as religious rights.

Several provisions of the Constitution have been taken out of context and the meaning distorted from the original intent. There are also some cases where the text of the Constitution has been ignored, and instead, baseless claims popularized by some unscrupulous persons. This has sparked demands that are in conflict with the principles of our Constitution.

There has also been talk about some people wanting to remove some of the provisions of the Constitution, an act that would shake the very foundation of our nation.

What is most worrying is that, actions have been taken based on misinterpretation of specific provisions of the Constitution in order to deny justice to certain parties.

If we fail to uphold our Constitution, we will be guilty of allowing the sovereignty of our nation to be destroyed.

We call upon all of you to use all the powers available to you to uphold and protect our Constitution, so that it can remain the solid foundation upon which our nation can grow and progress.

We appeal to all of you to give your fullest support to this petition so that the voice of the majority of Malaysians can be heard. By fostering confidence and trust in our Constitution, we can produce competent Malaysians, eager to develop our nation.

1. We call upon all concerned to promote a clear understanding of our Constitution, so that people will become eager to uphold and protect all the provisions thereof.


2. We call upon all elected representatives to sign this petition to show your commitment to defend the interests and rights of the people of Malaysia whom you represent, without bias or favour.


3. We call upon all who hold any kind of power to join forces and fight for the inclusivity of all, condemning the culture of exclusion, in line with the spirit and letter of our Constitution.


4. We demand critical reforms in the Legislature i.e. Parliament, to address the following weaknesses: a) Excessive power granted to the Executive; b) The lack of supervision of Ministries through bipartisan select committees; c) The absence of an Ethics Committee to monitor the Executive and prevent improper use of power.

5. We demand that all economic policies address the needs of the people as a whole without discrimination in order to create Confident Malaysians.


6. We demand that the education system be given the highest priority, so that we develop future generations that are competent and confident. Budget allocation and the National Curriculum should take care of the needs of national schools to ensure that these institutions become competitive, provide comprehensive education, and become the first choice for all Malaysians.


7. We want to encourage all Malaysians to gain a better understand of our Constitution, so that we can produce credible citizens who can transcend skin color, ethnicity and social status.


8. We would like to stress that all Malaysians are individuals with talent, ability and cultural heritage. Confident Malaysians should accept and appreciate each other’s history, ancestry and culture. This right is guaranteed in and protected by our Constitution.


9. We would like to see our Constitution remain intact and protected, so that it continues to be the bedrock of our nation.


10. With this, we the undersigned pledge and promise to uphold and protect our Constitution, without fear or favor.

Sign Petition
Sign Petition
You have JavaScript disabled. Without it, our site might not function properly.

Privacy Policy

By signing, you accept Care2's Terms of Service.
You can unsub at any time here.

Having problems signing this? Let us know.