Stop Badan Beruniform Meetings on Wednesday

    Kebelakangan ini, terdapat khabar angin yang banyak bahawa pentadbir-pentadbir SMK USJ 4 akan menukar masa dan hari perjumpaan badan beruniform. Perjumpaan-perjumpaan ini selalunya ditetapkan pada pukul 8 pagi hingga pukul 10 pagi pada setiap hari Sabtu manakala masa perjumpaan baharu adalah pada petang hari Rabu untuk pelajar sesi pagi dan pagi hari Rabu untuk pelajar sesi petang. Perjumpaan badan beruniform pada hari Sabtu lebih baik dan strategik berbanding dengan perjumpaan pada hari Rabu kerana:

    ~ Setiap pelajar dari Tingkatan 1 hingga 5 dapat bekerjasama untuk menjayakan setiap perjumpaan. Oleh itu, semangat perpaduan dapat dipupuk.

    ~ Lebih banyak pelajar mempunyai kelas tuisyen pada hari Rabu berbanding dengan hari Sabtu. Oleh itu, kehadiran akan lebih memuaskan.

    ~ Setiap pelajar dari Tingkatan 1 hingga 5 boleh berlatih kawat kaki bersama-sama semasa perjumpaan hari Sabtu. Hal ini boleh memudahkan para guru penasihat dan ketua kumpulan setiap unit beruniform apabila mereka membuat persiapan untuk Hari Sukan atau Majlis Kejohanan Olahraga.

    ~ Pelajar-pelajar sesi petang tidak cukup matang untuk mengendalikan perjumpaan badan beruniform kerana mereka tidak mempunyai pengalaman untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan unit beruniform masing-masing.
    firma la petición
    firma la petición
    Has deshabilitado JavaScript. Sin este programa, puede que nuestro sitio no funcione debidamente.

    política de privacidad

    al firmar, aceptas los condiciones del servicio de Care2
    Puede administrar sus suscripciones por correo electrónico en cualquier momento.

    ¿Tienes dificultades para firmarla?? Infórmanos.