ISU-ISU KANTIN SRAI BBB

Pengarah,

JABATAN ISLAM NEGERI SELANGOR (JAIS)
Tingkat 1, Menara Selatan
Bangunan Sultan Idris Shah
Seksyen 5, Bukit SUK 
40000 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan


Salinan kepada;

1)        Yang Berusaha, Puan Guru Besar, Puan Siti Juhainah Binti Abd Jabar

2)        Yang Dipertua PIBG SRAIBBB,Ir. Hj. Md. Jafrry Bin Masat



Tuan/Puan,

PETISYEN RAYUAN PEMATUHAN TERHADAP PENYELESAIAN YANG TELAH DIPERSETUJUI PADA MESYUARAT YANG DIADAKAN DI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH (PAID), HULU LANGAT PADA 12 JULAI 2018.


(1)      LATAR BELAKANG KES

Pada hari Khamis 12hb Julai 2018, satu mesyuarat telah diadakan di antara wakil-wakil daripada pihak ibubapa, Persatuan Ibubapa dan Guru-Guru (PIBG), Pentadbir Sekolah Rendah Agama Islam Bandar Baru Bangi (SRAIBBB), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan  Pejabat Agama Islam Daerah  (PAID) di bilik mesyuarat PAID, Hulu Langat yang merupakan susulan daripada mesyuarat MUAFAKAT yang telah diadakan di surau SRAIBBB pada hari yang sama.

Melalui mesyuarat tersebut beberapa jalan penyelesaian telah dipersetujui bersama dalam menangani dua isu utama yang berbangkit iaitu berkenaan dengan kes pelajar ditumbuk di kawasan sekolah dan kes makanan tercemar yang mengakibatkan berlakunya kes keracunan makanan yang kerap. Antara beberapa jalan penyelesaian yang dipersetujui adalah seperti berikut:

i)       Pihak sekolah akan memaklumkan kepada pengusaha kantin SRAIBBB supaya menghentikan SEGERA seorang pekerjanya yang telah terlibat dalam kes menumbuk pelajar SRAIBBB dan seterusnya tidak membenarkan pekerja tersebut berada di dalam kawasan sekolah.

ii)     Berkenaan isu-isu keracunan makanan di sekolah, satu kaji selidik akan dilakukan terhadap pelajar-pelajar sekolah untuk mendapatkan maklumbalas tentang kualiti makanan yang disajikan oleh pihak kantin. Jika sekiranya masih berlaku isu makanan basi, pelajar-pelajar dikehendaki menyerahkannya sebagai bahan bukti kepada guru-guru SRAIBBB dan tindakan susulan yang segera adalah untuk menggantikannya dengan makanan yang baharu dan elok. Guru-guru juga akan menyoal pelajar yang dipilih secara rawak untuk bertanya berkenaan kualiti makanan setiap hari.

iii)   Seterusnya, pihak JAIS akan meletakkan seorang wakil daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk tujuan memantau kantin setiap hari sehingga hujung tahun.

iv)   Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan dijemput untuk memberikan pendedahan serta memberikan garis panduan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar untuk menggendalikan isu makanan basi dan keracunan makanan di sekolah.

v)     Sehubungan dengan itu juga, sesiapa yang telah membuat aduan berkenaan dengan makanan basi atau keracunan makanan boleh terus menghubungi pejabat dan berurusan dengan guru besar bagi mengetahui tindakan susulan yang telah diambil oleh pihak sekolah.

Walaubagaimanapun, pada hari Jumaat, 13 Julai 2018 lebih kurang jam 11 pagi ketika pihak ibubapa ke kantin SRAIBBB, didapati pekerja yang terlibat dalam kes menumbuk pelajar SRAIBBB yang sepatutnya tidak dibenarkan berada di kawasan sekolah masih bekerja di kantin sekolah. Kami difahamkan pihak pengusaha kantin sudah dimaklumkan berkenaan keputusan mesyuarat ini. Keengganan pihak pengusaha kantin mematuhi keputusan mesyuarat bersama ini menyebabkan pekerja yang terbabit dalam isu pelajar ditumbuk masih berada di kawasan sekolah. Hal ini amat menggusarkan kami para ibubapa. 

(2)      KEKELIRUAN YANG TIMBUL

i)       Persoalannya mengapa pekerja tersebut masih berada dalam kawasan sekolah dan seolah-olah bekerja. Keengganan pengusaha kantin untuk mematuhi larangan ke atas pekerja terbabit daripada terus berada di kawasan sekolah telah menyebabkan kami pihak ibubapa merasakan keselamatan anak-anak tergugat. Pihak ibubapa merasa bimbang terhadap kemungkinan insiden pelajar ditumbuk berulang jika pekerja yang terlibat masih bekerja di kantin sekolah SRAIBBB. Ini kerana provokasi di dalam komunikasi di antara pelajar dan pekerja terbabit mungkin berlaku dan akan mengakibatkan keadaan menjadi lebih buruk.

ii)     Didapati seorang remaja dalam lingkungan umur 15 tahun yang dikatakan sebagai membantu kerja-kerja dan bukannya pekerja merupakan satu alasan yang tidak boleh diterima akal. Kami sebagai ibubapa merasakan perlu nasib remaja ini dibela oleh pihak berwajib seperti memberi remaja ruang pendidikan seperti kemahiran teknikal atau vokasional serta pendidikan agama. 

 (3)     CADANGAN

i)                   Lantaran itu, kami mewakili suara ibubapa SRAIBBB merayu kepada pihak sekolah agar mengambil serius perkara ini dan melaksanakan keputusan mesyuarat yang telah dipersetujui bersama dalam menangani isu-isu berbangkit. 

ii)                 Sehubungan dengan itu, laporan polis telahpun dibuat pada hari ini iaitu 14hb. Julai 2018 bagi menyelesaikan kekeliruan perenggan (2) (i) dan sebagai bukti bahawa, kami ibubapa memandang serius isu larangan pekerja tersebut dari terus bekerja di kantin SRAIBBB. Sekiranya tidak ada tindakan susulan, maka kami terpaksa memajukan perkara ini kepada pihak-pihak berwajib untuk mengambil cakna akan permasalahan ini.

iii)               Selain daripada penyelesaian terhadap isu-isu keracunan makanan, pihak ibubapa juga telahpun mengambilkira keadaan situasi kantin yang kotor dan berbau dan akan memantau keadaan kebersihan dari semasa ke semasa. Jika berterusan pihak ibubapa akan melaporkan secara terus kepada KKM untuk menarikbalik status kebersihan 'A' yang dimiliki oleh pengusaha kantin.

 

  (4)    PETISYEN IBUBAPA ADALAH UNTUK MENYOKONG (YA)

Oleh itu, pihak ibubapa menjalankan petisyen pungutan suara ini agar:

i)                   Jalan penyelesaian pertama yang dipersetujui di dalam mesyuarat perlu dilakukan dengan KADAR SEGERA iaitu pekerja tersebut perlu dihalang daripada terus bekerja dan berada di dalam kawasan SRAIBBB. 

ii)                 Seterusnya, penyelesaian-penyelesaian yang dipersetujui berkenaan dengan penambahbaikan kualiti makanan yang dibekalkan kepada pelajar SRAIBBB dan kebersihan kantin sekolah perlu dilaksanakan dan perlaksanaan harus bersifat telus dan terbuka.


(5)      PENUTUP

SRAIBBB telah banyak berjasa dalam melahirkan insan-insan yang berjaya dan kami sebagai ibubapa sangat berharap agar legasi ini diteruskan. Kami berharap agar penyelesaian-penyelesaian ini dapat dilaksanakan secara profesional dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang sebagaimana yang dituntut oleh agama kita, agama Islam. Kami, ibubapa merakamkan setinggi-tinggi perhargaan kepada pengarah JAIS dan segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan untuk menerima petisyen ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

 

Yang benar,

 Ibubapa SRAIBBB

-14 Julai 2018-

signer
signer
Vous avez désactivé JavaScript sur votre navigateur. Sans JavaScript, il se peut que notre site Internet ne fonctionne pas correctement.

politique de confidentialité

En signant, vous acceptez les conditions de service de Care2
Vous pouvez gérer vos abonnements à tout moment.

Vous ne parvenez pas à signer cette pétition ?? Faites-le nous savoir.