MENUNTUT HAK PERUMAHAN TERBENGKALAI YANG DIJALANKAN OLEH BUMI TIMUR PROPERTIES (BTP)

    Petisyen ini dibuat untuk diajukan kepada pihak tertentu bagi mengambil tindakan sewajarnya kepada Pemaju Bumi Timur Properties (BTP) .

    Hal ini berikutan, menerima banyak aduan dan laporan mengenai pemaju BTP namun tiada sebarang tindakan bagi pihak sana. Isu Projek Perumahan Terbengkalai ini memberi kesan kepada pembeli. Mereka terpaksa membiayai kos pinjaman termasuk faedah walaupun tiada jaminan rumah akan siap dan diserahkan. Kami sebagai mangsa bersuara kerana tiada pihak yang mampu membantu kami. 
    Selain itu, keadaan projek perumahan terbengkalai memberi impak yang besar kepada pihak pembeli terutamanya:

    1. Pembeli terpaksa membayar pinjaman perumahan.
    2. Kes berlarutan sehingga beberapa tahun dengan penyelesaian masalah perumahan terbengkalai masih lagi tidak diketahui statusnya.
    3. Tidak siap dalam atau luar tempoh perjanjian jual beli (S&P)
    4. Tiada sebarang aktiviti yang ketara di tapak pembinaan selama 6 bulan secara berterusan
    5. Tiada jaminan dari pihak pemaju bila rumah yang terbengkalai akan disiapkan.

    Dengan menandatangani petisyen ini, kami sebagai pembeli ingin menuntut hak kami serta tindakan undang-undang kepada syarikat Pemaju Bumi Timur Properties(BTP) agar perkara ini tidak berlaku .

    petitie tekenen
    petitie tekenen
    Je hebt JavaScript uitgeschakeld. Hierdoor werkt onze website misschien niet goed.

    privacybeleid

    Door te tekenen accepteer je de servicevoorwaarden van Care2
    U kunt uw e-mail abonnementen op elk gewenst moment beheren.

    Lukt het niet om dit te tekenen? Laat het ons weten..