BANTAHAN ORANG RAMAI TERHADAP KENAIKAN HARGA & MANSUHKAN PENGKELASAN EKONOMI DAN EKSEKUTIF BAGI TIKET BAS EKSPRES

    Petisyen ini diwujudkan bagi menghimpunkan suara rakyat Malaysia yang terkesan dengan kenaikan harga tiket disebabkan penguatkuasaan kerajaan terhadap pelaksanaan pengkelasan tiket bas ekspres serta harga siling minimum bas express.

    Kami berpendapat bahawa kenaikan ini memberi kesan langsung kepada pengguna pengangkutan awam khususnya pelajar, pekerja, golongan B40 serta pengguna tetap bas ekspres yang bergantung kepada tambang mampu milik untuk perjalanan harian dan jarak jauh.

    Antara kebimbangan utama kami adalah:

    • Harga tiket semakin meningkat selepas pelaksanaan pengkelasan.
    • Pilihan tambang mampu milik semakin berkurangan disebabkan jumlah bas executive lebih banyak berbanding economy.
    • Pengguna terpaksa membayar lebih menjadi beban kos perjalanan semakin dirasai rakyat.
    • Keselesaan rakyat bukan menjadi keutaaman kerajaan lagi
    • Perubahan bersifat individu dan membebankan rakyat



    Kami menyeru agar pihak berkaitan mempertimbangkan:

    • Pemansuhan pengkelasan Ekonomi dan Eksekutif kerana majoriti pengguna adalah golongan B40
    • Penetapan sistem tambang yang lebih adil dan mesra pengguna.
    • Kajian bersama pengguna perlu dijalankan sebelum sebarang perubahan dilaksanakan.


    Dengan mengisi petisyen ini, anda menunjukkan sokongan terhadap usaha mempertahankan akses pengangkutan awam yang lebih mampu milik untuk rakyat Malaysia

    Ký thỉnh nguyện thư
    Ký thỉnh nguyện thư
    You have JavaScript disabled. Without it, our site might not function properly.

    Privacy Policy

    By signing, you accept Care2's Terms of Service.
    You can unsub at any time here.

    Having problems signing this? Let us know.