TERIMA KASIH NAJIB RAZAK

Kami rakyat Malaysia ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada YANG BERHORMAT PERDANA MENTERI KEENAM NEGARA, DATO' SRI MOHD NAJIB TUN RAZAK, atas segala usaha beliau mentransformasi negara ini kepada satu persekitaran ekonomi yang mampan dan meningkatkan kualiti modal insan rakyat Malaysia.

YANG BERHORMAT DATO' SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK,

Kami yang menandatangani petisyen ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas segala sumbangan Dato' Sri dalam menyeimbangkan pembangunan negara - antara kebajikan dan kesejahteraan rakyat dengan keperluan mengukuhkan asas ekonomi negara selama 9 tahun lalu.

Fakta-fakta ekonomi jelas menunjukkan negara berada di landasan yang betul dan mampan. Malangnya persepsi menguasai politik negara kita.

Dato' Sri akan diingati sebagai Perdana Menteri yang telah berusaha mewujudkan asas ekonomi yang kukuh melalui pengenalan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pengenalan GST, rasionalisasi subsidi, pembinaan infra rakyat dan mewujudkan kesalinghubungan di seluruh negara.

Dengan pengenalan GST dan rasionalisasi subsidi Dato Sri telah menyelamatkan ekonomi negara secara senyap dari terjejas teruk bila berlaku masalah ekonomi serantau dan dunia.

Dengan BR1M, Dato Sri telah berusaha memastikan golongan bawahan tidak terjejas teruk akibat keputusan-keputusan kerajaan untuk mengukuhkan ekonomi negara yang telah menyebabkan kenaikan kos sara hidup.

Sesuatu yang tidak dapat kami lupakan, sejak 2009 Dato Sri telah melancarkan 13 projek berimpak tinggi di seluruh negara.

1. LEBUH RAYA PAN BORNEO (SABAH DAN SARAWAK)
2. PROJEK KOMPLEKS BERSEPADU PENGERANG (JOHOR)
3. KAWASAN PERINDUSTRIAN LEMBAH CHUPING (PERLIS),
4. PROJEK LANDASAN KERETA API PANTAI TIMUR (ECRL),
5. CENTRAL SPINE ROAD (CSR),
6. KERETA API BERKELAJUAN TINGGI KUALA LUMPUR-SINGAPURA (HSR),
7. LANDASAN BERKEMBAR GEMAS-JOHOR,
8. LEMBAH WAWASAN MALAYSIA (MVV),
9. SISTEM TRANSIT RAPID (RTS) LALUAN JOHOR BHARU – SINGAPURA,
10. MASS RAPID TRANSIT (MRT),
11. TUN RAZAK EXCHANGE,
12. BANDAR MALAYSIA
13. LEBUH RAYA PANTAI BARAT

Ini semua suatu hari nanti akan memberi impak yang tinggi dan mampu membawa perubahan besar kepada taraf sosio-ekonomi rakyat di seluruh negara.

Suatu hari nanti kami pasti akan merindui falsafah pentadbiran Najib Razak bahawa, "Pembangunan kita mesti bersifat inklusif, menyentuh setiap pelusuk ceruk rantau negara kita dari sempadan Thailand, Singapura, Indonesia sampai ke sempadan Filipina. kita mesti membawa pembangunan untuk semua rakyat Malaysia"

Hari ini Dato' Sri telah kehilangan kuasa dan jawatan. Ia adalah kerana kekurangan dan kelemahan sebagai manusia biasa. Namun percayalah kami tidak pernah melupai keprihatinan dan kesungguhan Dato' Sri membangunkan kawasan luar bandar dan pedalaman sehingga ke Sabah dan Sarawak.

Terima Kasih Najib Razak! Kami sayang anda! Semoga Tuhan merahmati Tuan dan negara kita yang tercinta ini.

Firma la petizione
Firma la petizione
JavaScript è disabilitato. Il nostro sito potrebbe non funzionare correttamente.

politiche sulla privacy

Firmando dichiari di accettare i termini del servizio di Care2
Puoi gestire le tue iscrizioni e-mail in qualsiasi momento.

Problemi nel firmare? Contatta il nostro staff.